GLOBAL

Presiden Venezuela terselamat serangan dron ketika berucap

CARACAS 5 OGOS: Beberapa dron membawa bahan letupan meletup berhampiran Presiden Venezuela, Nicolas Madura ketika beliau sedang berucap di satu majlis tentera.

Agensi Berita Antararabangsa BBC NEWS melaporkan Menteri Komunikasi, Jorge Rodriguez berkata bagaimanapun Presiden terselamat dalam ‘serangan’ itu.

Dalam serangan itu menyebabkan seramai tujuh anggota tentera yang terlibat dalam perhimpunan itu mengalami kecederaan.

Jorge Rodriguez berkata ia adalah satu serangan terhadap Maduro dan insiden terbabit disiarkan secara langsung di televisyen.

Visual stesen televisyen tempatan menunjukkan Maduro kelihatan bingung apabila satu letupan kedengaran sebelum anggota Pengawal Keselamatan Nasional yang lengkap berpakaian seragam dan sedang berkawad bertempiaran lari.

Menurut Rodriguez, satu letupan telah berlaku berhampiran pentas presiden dan beberapa lokasi lain di sepanjang perarakan berlangsung di Caracas.

“Maduro terselamat tanpa sebarang kecederaan dan ketika ini sedang menjalankan tugas seperti biasa selain berhubung rapat dengan barisan menteri, ahli politik kanan dan ketua tentera,” katanya.

Rodriguez juga mengatakan bahawa tentera yang cedera sedang dirawat di hospital sementara presiden sedang bertemu menteri-menterinya dan komander tentera.

Tiada kumpulan mengatakan bahawa ia berada di sebalik percubaan pembunuhan yang didakwa.

Pada bulan Jun 2017, sebuah helikopter menyerang dan menjatuhkan bom di Mahkamah Agung Venezuela.

Oscar Pérez, seorang juruterbang helikopter elit, mendakwa dia melakukan serangan helikopter dan menyeru Venezuela untuk bangkit menentang kerajaan Presiden Maduro.


Pengarang :