SELANGOR

PRK Seri Setia: Logo PAKATAN digunakan buat pertama kali

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 16 OGOS: Pakatan Harapan (PAKATAN) akan menggunakan logo sendiri buat pertama kali dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yang bakal berlangsung 8 September hadapan.

Perkara itu diumumkan Presiden PAKATAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Majlis Pengumuman Calon PRK N.32 DUN Seri Setia di Padang Permainan Blok 4, 5 dan 6 Desa Mentari.

“Pada PRK kali ini, kita akan guna logo PAKATAN. Justeru, saya menyeru kepada semua pengundi supaya pilih Pakatan Harapan,” katanya.

Wan Azizah sebelum itu mengumumkan Halimey Abu Bakar sebagai calon PAKATAN bagi mengekalkan penguasaan di DUN Seri Setia.

Setakat ini, Halimey dijangka berhadapan calon PAS, Dr Halimah Ali yang diumumkan mewakili Pembangkang.

Mengikut rekod, PAKATAN berjaya menawan DUN Seri Setia menerusi Nik Nazmi Nik Ahmad selama dua penggal bermula 2008 sebelum Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin mengekalkan penguasaan pada PRU-14 lalu.

Allahyarham Shaharuddin menang kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi, menewaskan calon BN, Yusoff M Haniff; calon PAS, Mohd Ghazali Daud dan calon Bebas, S Vigneswaran.


Pengarang :