EKONOMI

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 2 OGOS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini tanpa pemangkin risiko dan kebimbangan mengenai kejatuhan harga minyak, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.0650/0700 berbanding dolar AS daripada 4.0640/0680 semasa ditutup pada Rabu.

Peniaga berkata, harga minyak mentah menerima tekanan daripada kebimbangan mengenai bekalan yang mempengaruhi sentimen ringgit.

Beliau berkata, dolar AS meningkat selepas Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuaratnya semalam.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9835/9878 daripada 2.9843/9881 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6395/6447 daripada 3.6279/6325 semalam.

Unit tempatan merosot berbanding pound British kepada 5.3333/3407 daripada 5.3316/3376 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7398/7468 daripada 4.7472/7539.

SUMBER: BERNAMA

 


Pengarang :