EKONOMI

Ringgit diniaga 4.0800/0850 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan kekurangan minat belian, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.18 pagi, ringgit berada pada 4.0800/0850 berbanding dolar AS daripada 4.0770/0820 pada Isnin.

Sementara itu, berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9811/9859 daripada 2.9840/9887 pada Isnin dan tinggi berbanding pound Britain pada 5.2803/2888 daripada 5.2854/5935.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding euro kepada 4.7165/7239 daripada 4.7134/7208 dan susut berbanding yen kepada 3.6654/6709 daripada 3.6631/6679.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :