EKONOMIGLOBAL

Rupee India cecah paras terendah berbanding Dolar US

NEW DELHI, 15 OGOS: Rupee India cecah paras terendah berbanding dolar US pada Selasa, ekoran kebimbangan terhadap ekonomi global disebabkan ketegangan politik antara Amerika Sayrikat dan Turki.

Rupee susut kepada 70.07 berbanding mata wang negara maju itu pada Selasa selepas mencatat paras terendah 69.93 pada Isnin.

Ketidaktentuan ekonomi global berpunca daripada perang perdagangan yang dicetuskan Presiden Donald Trump, dengan ketegangan politik antara Washington dengan Ankara, menjejaskan rupee India.

Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi India Subhash Chandra Garg dalam kenyataan kepada media tempatan berkata punca utama penyusutan nilai rupee disebabkan faktor luaran, dan akan berkurangan pada masa depan.

Pakar yakin ‘pembetulan’ bagi nilai rupee akan membantu mengatasi defisit akaun semasa India dan meningkatkan eksport teknologi maklumat.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :