SELANGOR

SAOW di Tesco Setia Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 13 OGOS: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) bakal beroperasi di buka di perkarangan tempat letak kereta Tesco Setia Alam, Seksyen U13, di sini
pada 18 Ogos ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataannya memaklumkan, waktu pengoperasian SAOW di lokasi berkenaan bermula dari 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

“SAOW merupakan platform disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“SAOW menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, dan jualan kupon parkir,” katanya.

Melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :