Spanish Air Force single and two seater Eurofighter Typhoon from ALA-11 based in Moron, Spain. The aircrat are flying with drop tanks and IRIS-T missiles.
GLOBAL

Sepanyol siasat insiden jet Eurofighter lepaskan peluru berpandu

MADRID 8 OGOSL Kementerian pertahanan Sepanyol membuka satu siasatan selepas satu daripada jet tentera udara negara ini daripada jenis Eurofighter secara tidak sengaha melepaskan sebiji peluru berpandu di ruang udara Estonia semasa satu misi latihan rutin, semalam.

“Sebuah jet Eurofighter Sepanyol berpangkalan di Lithuania secara tidak sengaja melepaskan peluru berpandu tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Tambah kementerian itu, insiden terbabit berlaku malam tadi di kawasan barat daya Estonia.

“Peluru berpandu udara ke udara itu bagaimanapun tidak mengenai sebarang pesawat dan kementerian pertahanan membuka siasatan bagi menjelaskan punca sebenar kejadian itu,” tambahnya. – AFP

 


Pengarang :