PBTSELANGOR

Shah Alam On Wheel hujung minggu ini

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan kaunter bayaran ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW), pada 25 Ogos ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, Pejabat Bergerak SAOW akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Plaza Shah Alam, Seksyen 9, bermula dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

Katanya, perkhidmatan SAOW adalah landasan yang disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Ia akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan serta pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir.

“Melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :