SELANGOR

SPR: Hanya 22% keluar mengundi sehingga 11 pagi

SHAH ALAM 4 OGOS: Sehingga jam 11 pagi hanya 22 peratus daripada jumlah keseluruhan 51,217 pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood berkata, jumlah itu sangat rendah serta jauh daripada sasaran peratusan keluar mengundi sebanyak 80 peratus.

“Apa pun SPR mengharapkan bilangan akan meningkat petang ini. Mungkin ramai yang bekerja atau ada urusan penting pagi ini. Jadi kebanyakan mereka akan mengundi petang ini.

“Sebanyak 19 pusat mengundi dengan 109 saluran dibuka bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang. Bagaimanapun kita berharap jangan tunggu sampai petang,” katanya.


Pengarang :