SELANGOR

Terjemahkan semangat Sayangi Malaysiaku, bukan sekadar retorik

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 31 OGOS: Rakyat Malaysia perlu menyayangi negara ini bukan hanya retorik tetapi dengan tidak tanduk sebagai rakyat, kata EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

Dr Siti Mariah berkata, sayangilah Malaysia dan jadilah rakyat yang bertanggungjawab serta mengikut undang-undang sedia ada sebaiknya.

“Sekiranya ada dalam kalangan kita yang tidak berpuas hati, bawalah rungutan dengan cara bersopan kerana negara kita ada undang-undang, elakkan timbulnya permusuhan sesama sendiri.

“Malaysia juga merupakan satu contoh negara yang sudah dikenali dan dihormati di peringkat antarabangsa kerana kita mangubah pentadbiran lama tanpa menitiskan darah mahupun pergaduhan, saya tahu rakyat kita sudah matang,” katanya ketika ditemui SelangorKini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Dr Siti Mariah berkata, beliau mengucapkan tahniah atas peranan rakyat yang sentiasa menyokong kerajaan baharu kini.

“Bagaimanapun, saya tahu rakyat mempunyai hak untuk menukar kerajaan setiap lima tahun jadi tidak perlu timbulnya sifat takut dalam diri apabila kerajaan baharu naik begini keadaannya dan kerajaan lama pula begitu situasinya.

“Oleh itu, pesanan saya sayangilah Malaysia dangan sebaiknya dan bukan hanya pada Hari Kemerdekaan sahaja tetapi setiap hari,” katanya.


Pengarang :