SELANGOR

Tong !dea Sembang Bisnes di SACC Mall Rabu depan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 OGOS: PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) akan menganjurkan Tong !dea Sembang Bisnes bagi membantu usahawan dan golongan berminat dalam perniagaan, menempa kejayaan dalam bidang diceburi itu.

Jurucakapnya berkata, acara secara percuma itu dijalankan di Black Box, SACC Mall, di sini, 29 Ogos ini menampilkan personaliti usahawan berjaya, Pengasas SincereyByUs, Noor Inora Putri dan Pengaas Walter Barbershop, Azri Walter.

“Kedua usahawan berjaya itu akan berkongsi mengenai strategi promosi mantap untuk membantu perkhidmatan dan memasarkan produk.

“Peserta juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah,” katanya.

Mereka berminat boleh mendaftar melalui : https://www.surveymonkey.com/r/tongidea-sembangbisnes


Pengarang :