SELANGOR

Tujuh pelajar dikejarkan ke hospital terhidu gas ammonia bocor di kilang ais

SHAH ALAM 16 OGOS: Tujuh orang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Klang di sini yang terletak bersebelahan dengan kilang ais mengalami kebocoran gas ammonia pagi tadi dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit tekak dan sesak nafas.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, empat daripada pelajar berkenaan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang manakala bakinya dihantar ke Hospital Shah Alam.

“Kesemua mereka kini berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Berikutan kejadian itu, sesi persekolahan di sekolah itu terpaksa dibatalkan.

Pengetua sekolah berkenaan, Lin Peck Poh berkata, beliau mengesyaki berlaku kebocoran gas berbahaya berkenaan kira-kira pukul 6.30 pagi dan mengarahkan semua pelajar serta guru supaya pulang ke rumah kerana risaukan keselamatan mereka.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :