Selangorkini
SELANGOR

YIDE dan Bank Islam rancang kerjasama strategik

KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui Bahagian Shariah merancang untuk menjalinkan kerjasama strategik menerusi produk ‘Sadaqa House’ yang diperkenalkan, pada Januari lalu.

YIDE menerusi Facebook berkata, produk itu adalah kaedah sumbangan orang ramai yang disalurkan ke arah merealisasikan projek pembiayaan sosial.

Katanya, ia akan membantu 8,007 anak yatim membabitkan sembilan daerah, di Selangor.

“Ia merupakan kaedah sumbangan orang ramai yang disalurkan ke arah merealisasikan projek pembiayaan sosial untuk sektor yang kurang mendapat perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan keusahawanan,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pesakit dialisis yang menerima rawatan di Pusat Dialisis Majlis Agama Islam (MAIS) turut menikmatinya.

Terdahulu, Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti YIDE, Md. Ariffin Jaafar dan Pengurus Operasi Pusat Dialisis MAIS, Nor Hafzam Muhammad membuat kunjungan ke BIMB.


Pengarang :