SELANGORSUKANKINI

10,000 meriahkan #AnakAnakMalaysia Walk

SHAH ALAM 2 SEPT: Seramai 10,000 peserta menyemarakkan acara #AnakAnakMalaysia Walk yang berlangsung meriah di Eco Ardence, Setia Alam dekat sini, pagi tadi.

Seawal jam 5.30 pagi peserta melakukan sesi pemanas badan bersama dengan pengajar kecergasan dari gim i-1 serta berjalan kaki sambil memakai baju-T dan gelang #AnakAnakMalaysia.

Lebih meriah lagi acara pada jam 7.35 pagi itu dilepaskan Dato’ Menteri Besar Amirudin Shari dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah bersama-sama dengan Pengerusi Kumpulan Eco World Development, Tan Sri Liew Kee Sin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur #AnakAnakMalaysia Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Kumpulan Star Media Bhd Datuk Fu Ah Kiow dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Bhd, Datuk Seri Wing Chun Wai.

#AnakAnakMalaysia Walk merupakan kerjasama antara syarikat hartanah terkemuka Kumpulan Eco World Development Bhd dan Kumpulan Star Media Bhd.

Penaja lain untuk acara itu termasuk Panasonic (penaja perak) dan DRB-Hicom (penaja kenderaan).

FOTO SUMBER: MSTAR ONLINE


Pengarang :