GLOBAL

8 maut, 20 cedera militan serang perarakan tentera Iran

TEHRAN 22 SEPT: Lelaki bersenjata menyerang satu perarakan tentera di bandar barat daya Iran di Ahvaz hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan Pengawal Revolusi elit negara itu maut dan 20 lain cedera, kata media tempatan.

Agensi berita IRNA melaporkan, mangsa yang cedera termasuk seorang wanita dan kanak-kanak namun tidak menjelaskan lanjut.

Laporan menggambarkan penyerang sebagai ‘lelaki bersenjata Takifiri’, terma digunakan untuk militan Daesh sebelum ini.

Agensi berita separa rasmi Fars yang rapat dengan Pengawal Revolusi berkata, dua lelaki bersenjata menunggang motosikal memakai seragam khaki melakukan serangan itu.

Televisyen tempatan menunjukkan imej selepas kejadian di mana paramedik dilihat membantu individu berpakaian seragam tentera yang terbaring di tanah. Kakitangan keselamatan bersenjata lain menjerit antara satu sama lain di hadapan penonton perarakan.

Agensi berita separa rasmi ISNA menerbitkan gambar selepas serangan dengan tentera berdarah memakai seragam membantu antara satu sama lain. Serangan itu berlaku di Dataran Quds, Ahvaz. Tiada siapa mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

Ahvaz adalah ibu negeri wilayah kaya minyak Khuzestan. Pada masa lalu, pemisah Arab menyerang jaringan paip minyak.

SUMBER: Agensi/AFP


Pengarang :