NASIONALPENDIDIKAN

98,462 calon SJKC & SJKT jalani UPSR hari ini

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 20 SEPT : Sejumlah 98,462 calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT) mula menduduki peperiksaan itu di seluruh negara, hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Cheng berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 440,743 calon UPSR bermula 24 September hingga 27 September ini.

“Saya berharap mereka dapat mencapai keputusan cemerlang dan perkara penting calon diingatkan bertenang supaya dapat menjawab soalan dengan lancar,” katanya.

Mengulas mengenai sekiranya berlaku kebocoran kertas soalan UPSR, Teo berkata, kementerian itu tidak berkompromi malah bekerjasama dengan semua agensi berkaitan menyiasat perkara itu sekiranya benar berlaku.

“Namun, setakat ini memang tidak ada laporan kertas soalan UPSR bocor,” katanya.

Pada tahun ini, 8,100 pusat peperiksaan dibuka membabitkan 54,253 petugas peperiksaan bagi memastikan kelancarannya.

-Bernama


Pengarang :