SELANGOR

ADN perlu ambil maklum nasihat Sultan Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 3 SEPT: Ahli Dewan Negeri (ADN) perlu mengambil maklum titah nasihat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Keempat Belas, di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, semua ADN juga perlu menjunjung kasih atas titah baginda.

“Nasihat yang diberikan Tuanku baginda walaupun ringkas, namun padat untuk kita fahami.

“Antara intipatinya ialah supaya ahli DNS meningkatkan kemajuan dan mengelakkan politik kotor sehingga akhirnya tidak membawa kebaikan kepada sesiapa,” katanya kepada SelangorKini.

Amirudin berkata, harapannya bagi sidang kali ini ialah melengkapkan perancangan 2018, sekali gus membolehkan Kerajaan Selangor terus menjadi kerajaan berhemah.

“Pada sidang kali ini juga tiada langkah baru diambil, namun saya akan umumkan perkara baru pada sidang belanjawan akan datang,” katanya.


Pengarang :