NASIONAL

Anwar mahu kembali ke Parlimen sebelum Oktober

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap dapat kembali ke Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen sebelum Oktober.

Katanya, masih terdapat perbincangan mengenai kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya memandangkan belum ada keputusan muktamad.

“Saya sudah beritahu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa saya nak tumpu urusan transformasi Parlimen jadi harap sebelum sidang Dewan Rakyat pada Oktober depan.

“Pilihan kerusi mana, saya masih bincang. Kerusi Pandan atau Gombak tidak bolehlah nampaknya.

“Ada tiga empat orang yang beri cadangan, dulu ada yang cadang tapi bila kita tanya mereka tidak berani pulak nak bagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penutup Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara 2018; Mendepani Cabaran Bumiputera Dalam Malaysia Baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Pengarang :