NASIONAL

Anwar mahu penyokong tidak cerca Saiful

OLEH NORHAYATI UMOR

PORT DICKSON, 29 SEPT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua penyokongnya tidak mencerca bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, beliau akan terus mengingatkan penyokongnya supaya mengelak budaya politik negatif termasuk memaki hamun dan mencerca calon lain.

“Saya akan nasihatkan mereka supaya tidak mengulangi cercaan seperti tadi perlu dilihat juga tindakan berniat jahat yang dilakukan.

“Banyak pihak termasuk penyokong yang terluka teruk sepanjang proses pendakwaan dan pemenjaraan sebelum ini.

“Mudah untuk cakap saya maafkan, lupakan dan teruskan hidup, tapi ramai yang terluka sepanjang proses itu,” katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) P 132 Port Dickson menyaksikan pertembungan tujuh penjuru diantara Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS dan lima orang calon bebas.

Antara calon yang akan bertanding selain Anwar dan Saiful Bukhari Azlan adalah, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan Leftenan Kololonel (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Manakala, personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong bertanding tiket bebas, selain Lau Seck Yan dan Kan Chee Yuen.

 


Pengarang :