BERITA UTAMANASIONAL

Anwar sah bertanding di Port Dickson

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 12 SEPT: KEADILAN secara rasmi mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding di Parlimen Port Dickson.

Perkara itu diumumkan sendiri penyandang kerusi Parlimen itu, Laksamana Muda (B) Dato’ Danyal Balagopal Abdullah dalam sidang media, di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.

Anwar kini berada di Hong Kong dan dijangka pulang ke Malaysia, hari ini.

Sebelum itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara terbabit sudah dimaklumkan kepada rakan komponen parti dalam Pakatan Harapan (PAKATAN), termasuk Pengerusi PAKATAN, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Penyertaan Anwar akan mengukuhkan PAKATAN dan akan lebih berperanan aktif.

“Beliau menyatakan akan memberikan tumpuan kepada reformasi Parlimen dan tidak memegang sebarang jawatan,” katanya.


Pengarang :