NASIONAL

Anwar: Tiada keperluan rombak Kabinet

OLEH AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 17 SEPT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekarang bukan masanya untuk melakukan rombakan Kabinet.

Menurutnya, ia bukan satu isu utama sekarang tetapi semuanya terpulang kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tidak. Ia terpulang kepada keutamaan Perdana Menteri. Saya tidak rasa ia isu besar.

“Mereka baru empat bulan (memerintah) mengapa kamu sudah membangkitkannya?” soalnya.

Sebelum ini pelbagai pihak mula mempertikaikan kredibiliti menteri dalam menangani beberapa isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.


Pengarang :