BERITA UTAMASELANGOR

Azmin kagum kepimpinan Amirudin

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 SEPT: Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melahirkan rasa kagum terhadap kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, ia ditunjukkan melalui ketegasan pemimpin tertinggi negeri itu yang berusaha membawa Pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) ke dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

“Atas sebab itu, kali ini Selangor sekali lagi muncul sebagai negeri pertama yang mengambil langkah tegas terhadap isu perkahwinan bawah umur.

“Saya memberi sokongan terbaik kepada isu ini, memandangan perkahwinan sedemikian hanya memberi kemudaratan kepada masyarakat termasuk masa depan kanak-kanak terbabit,” kata mantan Dato’ Menteri Besar itu.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi turut melahirkan rasa bimbang dengan trend lelaki lebih berusia yang lebih berminat dengan gadis bawah umur.

Katanya, jika masalah terbabit tidak ditangai dengan tegas, ia akan menyebabkan masalah sosio ekonomi masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika sesi usul perbahasan pada hari kedua Mesyuarat Kedua (Pembukaan) Penggal Pertama Persidangan DNS Ke-14 Tahun 2018, di Dewan Annex, di sini.


Pengarang :