SASTERA

Bahasa menghampiri barzakh

menghampiri barzakh
bahasa mencapai efisiensi.
tiada lagi basa basi.

‘helo, apa khabar?’
yang dibalas
dengan senyum kekok
atau memaling pandang.
tidak ada lagi.

Melayu, Mandarin?
Inggeris, Itali?
01101000 01100001
01101000 01100001

terhapus romantika
tentang taman yang layu ditimpa bangunan.
tentang memorial seni yang dirobohkan.
tentang tengik tubuh imigran.
tentang sesak sabar di dalam trafik menuju pulang.
tentang debar laporan culik dan bunuh.
tentang gosip selebiriti yang minta dikenal.
tentang reaksi brutal pasangan curang.

Kita berhenti melihat sesama
dari kaca mata curiga dan hati nurani.

Di penglihatan,
kau sekadar 1
kau sekadar 0.
barisan data yang harus ditadbir.

bahasa akhirnya berhenti dilafazkan.

hanya terjemahan perbuatan
kepada angka satu dan kehampaan.


Pengarang :