Selangorkini
SELANGOR

Cuaca mendung di Seri Setia

OLEH SHEEDA FATHIL

PETALING JAYA, 8 SEPT: Cuaca pada hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia sehingga jam 10.30 pagi tadi berada dalam keadaan mendung.

Tinjauan SelangorKini mendapati, lebih 200 pengundi mula hadir seawal jam 7.30 pagi, di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail, Shah Alam.

Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini mengumumkan DUN Seri Setia mempunyai 50,722 pengundi berdaftar.

Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Othman Mahmood berkata, pengundi dinasihatkan supaya merancang masa dan tidak memilih keluar mengundi di saat akhir walaupun tempoh waktu mengundi dilanjutkan, dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

Pihaknya turut mensasarkan kira-kira 70 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mengundi, pada PRK kali ini.

Peratusan itu dijangka lebih tinggi berbanding PRK Sungai Kandis, pada 4 Ogos lalu.

DUN Seri Setia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar bertembung dengan calon PAS, Dr Halimah Ali.

PRK DUN Seri Setia diadakan susulan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu akibat kanser usus.


Pengarang :