SUKANKINI

Cub Prix: Baiki catatan masa, Akid curi tumpuan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 SEPT: Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohd Akid Aziz mencuit tumpuan apabila sekali lagi muncul selaku pelumba terpantas sesi kelayakan CP150 pada pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS di Teluk Intan, Perak, hari ini.

Akid mencatat masa 50.385 saat di mana sejak kebelakangan ini, pelumba itu sering mendominasi sesi kelayakan namun juara bertahan Underbone 150cc Asia berkenaan masih mengejar kemenangan CP150 pertama musim ini.

Rekod tahun lalu dicatat Ahmad Afif Amran, 52.108 saat, juga dipecahkan 16 pelumba teratas musim ini.

Pendahulu kejuaraan, Ahmad Afif Amran mencatat masa kedua terpantas dengan 50.953s diikuti Hafiza Rofa, Hafiz Nor Azman serta Aiman Tahiruddin di dalam kelompok lima terbaik.

Selain itu, Mohd Izzat Zaidi, Azroy Hakeem Anuar, Rozaiman Said, Helmi Azman dan Muhaimin Roslan juga berjaya melangkah ke sesi Super Pole pada hari perlumbaan nanti.

Bagaimanapun, juara bertahan, Kasma Daniel Kasmayuddin gagal melayakkan diri ke sesi SuperPole dan akan memulakan perlumbaan dari petak ke-15.

Dalam perkembangan lain, Mohd Fareez Afeez dari Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing muncul pelumba terpantas CP115 dengan 54.440s sementara Mohd Danial Syahmi dari pasukan SIC Junior Team AFB TECH Racing mendominasi sesi kelayakan WIRA KBS.

KEPUTUSAN SESI KELAYAKAN

CP150

1. Mohd Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor; 50.835s
2. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ; 50.953s
3. Mohd Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team; 51.248s
4. Mohd Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 51.288s
5. Mohd Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 51.393s

CP115

1. Mohd Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing; 54.440s
2. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing; 54.452s
3. Mohd Haziq Mohd Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor; 54.696s
4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 54.761s
5. Nazirul Izzat Mohd Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 54.812s

WIRA KBS

1. Mohd Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing; 55.206s
2. Mohd Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha; 55.276s
3. Mohd Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing; 55.398s
4. Mohd Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing; 56.102s
5. Mohd Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing; 56.153s


Pengarang :