SELANGOR

DNS: Speaker tegur bunyi telefon

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 SEPT: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Ng Suee Lim menegur semua Ahli Dewan Negeri supaya mematikan bunyi telefon bimbit ketika sesi persidangan berlangsung.

Teguran itu dibuat ketika hari kedua Mesyuarat Kedua (Pembukaan) Penggal Pertama Persidangan DNS Ke-14 Tahun 2018, di Dewan Annex, di sini.

“Saya berharap semua ahli Yang Berhormat mematikan telefon bimbit masing-masing kerana saya dengar macam-macam bunyi dari tadi.

“Kalau boleh matikan sebentar talian telefon Yang Berhormat,” katanya.

Sidang DNS yang berlangsung sejak semalam menyaksikan istiadat pembukaan dirasmikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Pengarang :