GLOBAL

Dunia semakin huru-hara – Setiausaha Agung PBB

NEW YORK 26 SEPT: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, semalam membuka perhimpunan diplomatik terbesar di dunia dengan amaran membimbangkan.

Katanya, dunia semakin menyaksikan kekacauan dan kekeliruan, ketika keamanan dunia berdasarkan undang-undang kian terancam.

Berucap pada sesi pembukaan Perhimpunan Agung PBB, Guterres berkata, kepercayaan terhadap ketenteraman dunia berasaskan peraturan di kalangan negara ‘di hujung tanduk’ dan kerjasama antarabangsa semakin sukar.

“Hari ini, ketenteraman dunia semakin huru hara. Hubungan antara negara semakin tidak jelas. Nilai sejagat semakin terhakis. Prinsip demokrasi diserang,” katanya.

Guterres tidak menamakan mana-mana negara, namun wujud kebimbangan di kalangan diplomat PBB bahawa dunia semakin berpecah kepada pengaruh dan amalan persaingan kuasa.

SUMBER: AFP


Pengarang :