ALAM SEKITAR & CUACASELANGOR

IPU di Selangor pada tahap sederhana

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 26 SEPT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), di Selangor berada pada tahap sederhana seperti direkodkan melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, hari ini.

Bacaan IPU paling tinggi dicatatkan di kawasan Johan Setia Klang dengan bacaan 81, sehingga jam 11 pagi tadi.

Sementara di Banting dan Shah Alam, masing-masing mencatatkan bacaan sama iaitu pada tahap 77, meningkat berbanding 76, pada jam 10 pagi.

Bacaan di Klang pula berada pada tahap 74, Cheras dan Wilayah Persekutuan pula mencatatkan bacaan 72 dan Petaling Jaya 71.

IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut berkenaan bacaan IPU terkini di seluruh negara, orang ramai boleh layari apims.doe.gov.my


Pengarang :