NASIONAL

Jabatan Peguam Negara anjur mesyuarat berhubung penipuan 1MDB

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Satu mesyuarat berkenaan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diadakan Jabatan Peguam Negara membabitkan pendakwa raya, pakar dalam pemerolehan aset dan penyiasat dari Amerika Syarikat, Singapura serta Switzerland, di Putrajaya, baru-baru ini.

“Sukacita kami melaporkan, satu mesyuarat yang berjaya antara pendakwa raya, pakar dalam pemerolehan semula aset dan penyiasat tiga negara yang terbabit dengan penipuan besar-besaran 1MDB sudah dianjurkan jabatan ini.

“Peserta juga sedar akan kepentingan dan kesegeraan usahasama serta kerjasama rentas sempadan dalam hal membanteras jenayah yang dilakukan di peringkat antarabangsa juga merentasi sempadan negara,” kata kenyataan itu memetik BERNAMA.

Jabatan Peguama Negara juga yakin mesyuarat berkenaan akan menjadi penanda aras kepada usaha yang lebih besar lagi, pada masa akan datang.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada delegasi dari luar negara atas kesudian memberikan bantuan selanjutnya dalam peperangan menentang penipuan dan jenayah transnasional,” katanya.


Pengarang :