SELANGOR

Kerajaan Negeri tak pernah lulus kilang proses semula sisa plastik

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 SEPT: Kerajaan Negeri tidak pernah meluluskan operasi pemprosesan semula sisa plastik sebaliknya ia di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kerja pemprosesan sisa plastik di Telok Panglima Garang, Kuala Langat yang mendatangkan masalah kepada masyarakat setempat itu bukan menerusi kelulusan Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri juga tidak membenarkan pembukaan kilang dan yang ada adalah kilang haram.

“Kita akan tutup dan tidak membenarkan ia beroperasi kerana menyebabkan masalah alam sekitar yang besar,” katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan perkara itu sebelum ia dilaporkan lagi dan telah dinyatakan dalam sidang Dewan Negeri Selangor, baru-baru ini.

Dilaporkan media, penduduk di Kuala Langat terutamanya di Telok Panglima Garang terdedah dengan risiko pelbagai jenis penyakit termasuk barah apabila daerah itu dijadikan tempat longgokan plastik kitar semula dari serata dunia.


Pengarang :