GLOBAL

Lebih 100 banduan lolos susulan penjara diserang

BRAZIL, 11 SEPT: Sekurang-kurangnya lebih 100 banduan di Penjara Romeu Goncalves Abrantes melarikan diri susulan serangan sekumpulan lelaki bersenjata semalam, kata pihak berkuasa.

Serangan dilakukan kira-kira 20 lelaki yang menggunakan empat kenderaan itu dilaporkan menyerang menara kawalan dan menggunakan letupan untuk memusnahkan pintu depan penjara di Joao Pessoa, yang menempatkan 680 banduan.

“Kumpulan lelaki bersenjata berat memusnahkan pintu utama, selepas berbalas tembakan dengan polis dan kakitangan penjara,” kata sekretariat penjara negeri.

Menjelang tengah hari, 41 daripada 105 banduan yang melarikan diri berjaya ditahan semula oleh pihak berkuasa. – AFP


Pengarang :