GLOBALSELANGOR

MB: Sedia bantu mangsa tragedi gempa dan tsunami Sulawesi

SHAH ALAM 29 SEPT: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menyatakan perasaan dukacita atas perkhabaran tragedi tsunami di Palu, Sulawesi.

Dalam Twitternya beliau mendoakan agar penduduk di Palu tabah dalam menghadapi dugaan ini.

“Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan bantuan kemanusiaan dalam masa yang terdekat untuk membantu mangsa tragedi tsunami ini,” tulis Amirudin.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 30 maut apabila gempa bumi disusuli tsunami melanda Palu di pulau Sulawesi, Indonesia, semalam.

Angka kematian itu dilaporkan oleh Metro TV yang memetik pihak hospital tempatan.

Dalam video yang dirakamkan malam tadi, doktor Komang Adi Sujendra, berkata 30 penduduk terkorban dan sudah dibawa ke hospital, lokasi beliau bertugas.

Foto Sumber: BBC NEWS


Pengarang :