SELANGOR

PAKATAN HARAPAN kekal di DUN Balakong, menang majoriti 18,533

OLEH NORHAYATI UMOR

BANGI, 8 SEPT: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN), Wong Siew Ki berjaya mengekalkan kemenangan di Balakong pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N 27 Balakong.

Beliau meraih undi sebanyak 22,508 mengalahkan calon MCA, Tan Chee Teong yang meraih undi sebanyak 3,975.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dato’ Rosli Othman yang mengumumkan keputusan itu di Dewan Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah Hulu Langat, kira-kira jam 8.52 malam tadi.

Jumlah majoriti itu adalah rendah berbanding Plilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dikaitkan dengan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Peratusan undi bagi PRK DUN Balakong adalah 43 peratus berbanding 87.83 peratus pada Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu.

Siew Ki, 32, adalah Ketua DAPSY Serdang dan Timbalan Wanita Serdang serta pernah menjadi Ahli Majlis, di Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Kerusi DUN Balakong kosong apabila penyandangnya, Eddie Ng, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, pada 20 Julai lalu.

Pada PRU14, Eddie yang bertanding menggunakan logo KEADILAN, menang majoriti 35,538 undi selepas menewaskan calon PAS, Mohamad Ibrahim Ghazali dan Lim Chin Wah (BN).

 

 

KEPUTUSAN/RESULT – SELANGOR
N27: BALAKONG: SELANGOR: 62,219
1. Tan Chee Teong (MCA) 3,975
2. WONG SIEW KI (PH)              22,508
Jumlah mengundi/Votes Cast      26,483
Peratus/Percentage 43.0 %
Undi rosak/Spoilt votes                     227
Majoriti/Majority                            18,533
Penyandang/Incumbent: Eddie Ng Tien Chee  (DAP)
Undi diperoleh/Votes polled: 41,768
Majoriti/Majority : 35,538

 


Pengarang :