SELANGOR

Pelantikan EXCO Selangor dijangka Disember

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEKINCHAN, 25 SEPT: Pelantikan EXCO Kerajaan Negeri Selangor dijangka berlangsung pada pertengahan Disember akan datang, kata Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Ng Suee Lim.

“Mengikut maklumat yang diterima saya, ia dijangka berlaku selepas pengurniaan darjah kebesaran oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.

“Kita (Kerajaan Selangor) tidak terdesak untuk membuat pelantikan EXCO ini memandangkan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari sedang memangku jawatan berkenaan, malah barisan EXCO juga berasa dalam keadaan yang mantap,” katanya kepada media.

Semalam, Amirudin memberitahu Calon Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan yang kini kosong, masih belum dimuktamadkan.

Namun ada beberapa nama yang sudah dipilih bagi mengantikan Allahyarham Prof Shaharuddin Badaruddin.

Pada Ogos lalu, Allahyarham Shaharuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Seri Setia, meninggal dunia di Hospital Putrajaya.


Pengarang :