SELANGOR

Pemilihan Cabang KEADILAN di Selangor bermula pertengahan Oktober

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 2 SEPT: Pemilihan KEADILAN peringkat Cabang Negeri Selangor bakal dilangsungkan pada 13, 14 dan 21 Oktober hadapan menggunakan sistem E-Undi (E-Voting).

Koordinasi Pemilihan Negeri Selangor, Hassan Yusof dalam sesi penerangan menjelaskan, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menyediakan 800 unit telefon pintar bagi membolehkan sistem ini digunakan buat pertama kalinya dalam pemilihan kali ini.

Katanya, applikasi E-Undi ini berfungsi secara Online atau Offline dan pihaknya menyasarkan 40 peratus ahi akan keluar mengundi dalam pemilihan.

“Setiap individu yang bakal mengundi perlu menyemak status pemilihan terlebih dahulu menerusi kad pengenalan dan kemudiannya satu slip mengundi beserta kod QR dicetak sebelum dibenarkan mengundi,” katanya pada majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Perdana Negeri Selangor 2018; Membingkai Muafakat, Melaksana Reformasi di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Katanya, setiap telefon pintar akan dijaga oleh pengawal bertugas dan sistem ini hanya membenarkan setiap kod QR digunakan sekali sahaja.


Pengarang :