NASIONAL

Pemilihan KEADILAN: Keputusan Pulau Pinang diterima, Kedah tangguh

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 26 SEPT: Biro Politik KEADILAN memutuskan untuk menangguhkan proses pemilihan parti itu bagi peringkat Negeri Kedah.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sementara itu proses pemilihan bagi Pulau Pinang diterima dengan audit dibuat oleh juru audit berkecuali.

“Kita telah dapat laporan terperinci daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang diketuai Datuk Rashid dan Biro Politik bersetuju dengan saranan JPP untuk menangguhkan proses pemilihan di Kedah sementara di Pulau Pinang diterima dengan audit lebih teliti bagi menjamin intergriti sistem,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik parti iti di Ibu Pejabat KEADILAN di sini, malam tadi.

Anwar berkata, audit integriti dijalankan bagi memastikan integriti sistem proses pemilihan kali ini.

Katanya, beberapa kelemahan proses pemilihan yang dikenal pasti sebelum ini juga sudah diperbaiki.

Katanya lagi, penambahbaikan sistem pemilihan itu akan mula dilaksanakan pada hari pengundian di Johor pada 30 September nanti.


Pengarang :