SELANGOR

Pengerusi PAC: Selangor tunai janji lantik ketua pembangkang

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan Negeri akan mengotakan janjinya bagi melantik Ketua Pembangkang Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC), di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perkara itu sudah ditetapkan melalui peraturan dewan.

“Seperti yang dimaklumkan, Pengerusi PAC akan dilantik daripada Ketua Pembangkang dan seharusnya ia dimanfaatkan sepenuhnya bagi memberi keadilan kepada rakyat,” katanya kepada media di lobi Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Sejak 2014, Kerajaan Selangor menetapkan pelantikan terbabit bagi meningkatkan keberkesanan sistem demokrasi, di negeri itu.

Malah, langkah Kerajaan Negeri memberi pengiktirafan itu juga bagi mewujudkan peranan pembangkang dalam pentadbiran, sekali gus tidak dipandang serong atau dianaktirikan.


Pengarang :