EKONOMIRinggit

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), hari ini ekoran perkembangan luaran yang negatif.

Pada jam 9 pagi, ringgit susut kepada 4.1440/1470 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1400 ketika ditutup, pada Jumaat lalu.

Seorang peniaga berkata, kelemahan ringgit ekoran impak laporan berkenaan rancangan AS mengenakan tarif baharu terhadap import China bernilai kira-kira US$200 bilion yang hanya memburukkan lagi pertikaian dagangan antara kedua kuasa besar ekonomi itu.

“Kenaikan kadar faedah AS turut memberi kebimbangan terutama jika pendirian Rizab Persekutuan AS yang cenderung ke arah itu berbanding sentimen sebaliknya oleh Bank Negara Malaysia, menjadi kenyataan,” katanya lapor BERNAMA.

Pada masa sama, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0160/0200 daripada 3.0208/0241 pada Jumaat namun rendah berbanding yen kepada 3.7063/7100 daripada 3.6997/7037.

Ringgit merosot berbanding euro kepada 5.4473/4525 daripada 5.4282/4338 dan turun berbanding pound Britain kepada 4.8394/8441 daripada 4.8390/8446.


Pengarang :