EKONOMINASIONALRinggit

Ringgit rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, menjejaki harga minyak rendah, kata peniaga.

Setakat jam 9 pagi tadi, nota tempatan didagangkan pada 4.130/1370 berbanding dolar AS daripada 4.1270/1320, pada penutup Isnin.

Memetik BERNAMA, peniaga berkata, dolar AS yang lebih kukuh ekoran harga minyak mentah susut dengan ketara menyebabkan ringgit berusaha mengekalkan tarikannya.

Sehingga jam 9.30 pagi, stok simpanan minyak mentah Brent diniagakan lebih rendah kepada AS$78.11 setong ekoran kebimbangan terhadap penambahan bekalan.

Peniaga itu berkata, harga minyak mentah Brent merosot ekoran peningkatan bekalan oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan As, walaupun jangkaan penurunan keluaran dari Iran susulan sekatan AS mulai November, memberikan sokongan.

Ringgit turut diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding yen kepada 3.7204/7250 daripada 3.7167/7215 pada penutupan semalam, meningkat berbanding euro kepada 4.7959/8018 daripada 4.7865/7931, dan turun berbanding pound kepada 5.3150/3223 daripada 5.3123/3191.

Bagaimanapun, nota tempatan sedikit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0087/3.0122 daripada 3.0089/1132.


Pengarang :