SELANGOR

SAOW di Plaza Shah Alam hujung minggu ini

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 20 SEPT: Pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) kembali beroperasi menanti orang ramai di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, pada 22 September (Sabtu) ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, waktu pengoperasian SAOW di lokasi berkenaan bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Perkhidmatan SAOW memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Ia akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan serta pembayaran kompaun letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, melalui perkhidmatan itu, Shahrin berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :