GLOBAL

Sejuta kanak-kanak terjejas jika Idlib diserang – UNICEF

GENEVA 1 SEPT: Lebih sejuta kanak-kanak Syria berhadapan risiko tinggi jika tentera kerajaan melancarkan serangan terhadap wilayah Idlib yang dikuasai kumpulan penentang, kata UNICEF semalam.

Pengarah program kecemasan UNICEF, Manuel Fontaine, berkata agensi itu merangkap pelan kecemasan termasuk penyediaan air bersih dan bekalan nutrisi kepada anggaran 450,000 hingga 700,000 penduduk yang melarikan daripada serangan.

Dianggarkan 2.9 juta penduduk tinggal di Idlib, separuh daripada mereka berasal dari kawasan lain di Syria apabila penyokong pembangkang melarikan diri ke situ dari wilayah lain yang ditawan tentera kerajaan.

“Ada lebih sejuta kanak-kanak. Apabila mendengar retorik mengenai serangan dan sebagainya, saya rasa memang penting untuk tahu ia bukan sekarang sekumpulan lelaki bersenjata.

“Ia sebenarnya sebahagian besar wanita dan kanak-kanak yang tiada kepentingan dan warga tua serta orang lain,” katanya selepas berunding di Damsyik dengan timbalan menteri luar, Faisal Mekdad.

Idlib dan kawasan sekitarnya adalah wilayah besar terakhir dikuasai penentang Presiden Bashar al-Assad.

Sumber memberitahu Assad dalam persediaan melancarkan serangan untuk merampas semula wilayah itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, semalam berkata kerajaan Syria berhak menghalau penentang keluar dari Idlib dan rundingan mengenai penubuhan koridor kemanusiaan masih diteruskan.

SUMBER: REUTERS

 


Pengarang :