SELANGOR

Sidang DNS bertafakur seminit, doa buat tiga ADN

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 5 SEPT: Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) bertafakur selama satu minit bagi mengingati pemergian tiga Ahli Dewan Negeri (ADN), negeri ini.

Speaker DNS, Ng Suee Lim berkata, pihaknya merakamkan ucapan takziah buat keluarga Mat Shuhaimi Shafie, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin dan Ng Tien Chee.

“Kami merasa amat sedih dengan pemergian mereka, saya mohon dewan bertafakur selama satu minit, dan berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing,” katanya.

Bekas penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi meninggal dunia pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Sementara, bekas penyandang kerusi DUN Seri Setia, Shaharuddin meninggal pada 2 Ogos ketika dirawat di Hospital Putrajaya, dan Tien Chee meninggal dunia pada 20 Julai lalu akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Grand Saga, Cheras.


Pengarang :