SELANGOR

Sultan Selangor ucap tahniah kepada Azmin

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 SEPT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengucapkan tahniah kepada mantan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali atas pelantikan beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Baginda turut mendoakan Mohamed Azmin dapat memikul tanggungjawab diberikan demi rakyat dan negara.

“Di sini beta berkenan menyampaikan ucapan tahniah kepada mantan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali yang dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

“Beta percaya dan berdoa, beliau akan terus berkhidmat dan menjalankan tugas dengan penuh iltizam demi rakyat serta negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Perasmian Mesyuarat Kedua (Pembukaan) Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri Selangor Yang Ke-14 Tahun 2018, di sini, hari ini.

Pada 21 Mei lalu, Sultan Sharafuddin memberi perkenan kepada Mohamed Azmin melepaskan jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar bagi membolehkannya menerima tawaran jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di peringkat persekutuan.

Beliau yang dilantik sebagai Menteri Besar, pada September 2014 dianggap berjaya memberi penanda aras baru jawatan itu.


Pengarang :