AGAMAPENDIDIKANSELANGOR

UNISEL terima zakat BIMB

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 5 SEPT: Universiti Selangor (UNISEL) menerima sumbangan zakat daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), di sini, semalam.

Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat kampus itu dihadiri pengurusan tertinggi UNISEL dan wakil daripada BIMB.

Penyerahan replika cek disempurnakan Timbalan Pengurus Besar BIMB kawasan tengah, Bostaman Hassan, diiringi Pengurus Perniagaan Deposit BIMB kawasan tengah, Shamsul Azlan Mohd Nor

Sementara itu, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, pemberian zakat terbabit memberi pelbagai manfaat terutama sekali kepada pelajar asnaf UNISEL dan pelajar daripada golongan kurang berkemampuan.

“Dengan adanya bantuan zakat seperti ini, UNISEL bukan sahaja boleh meneruskan program pemberian makanan tengah hari percuma kepada pelajar asnaf, malahan mampu menggiatkan lebih banyak bengkel pembangunan pelajar-pelajar asnaf,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

 


Pengarang :