NASIONAL

Zuraida imbau jerih perih perjuang reformasi

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 3 SEPT: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mengimbau kenangan memulakan perjuangan reformasi 20 tahun lalu dalam meraih sokongan wanita untuk menyertai parti ketika itu.

Katanya, dalam keadaan dhaif dan naif, tidak ramai wanita ingin menyertai KEADILAN berbanding hari ini, sedangkan beliau terpaksa mengambil setiap ahli jawatankuasa di rumah masing-masing semata-mata untuk menghadiri mesyuarat.

“Dulu terpaksa kutip ahli jawatankuasa di setiap rumah untuk ke mesyuarat. Habis mesyuarat saya hantar mereka pulang sampai jam tiga pagi baru tiba di rumah.

“20 tahun dahulu saya bawa Mercedes tiada orang tanya, sekarang orang tanya mana dapat duit,” katanya pada majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Perdana Selangor 2018; Membingkai Muafakat, Melaksana Reformasi, di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Pada masa sama, Zuraida turut membidas tomahan yang menyatakannya sebagai ‘pak turut’ sedangkan sebelum ini beliau pernah menetang Datuk Seri Jamal Yunos dan bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Pengarang :