NASIONAL

Ahli Parlimen antara dikompaun merokok di Parlimen

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan lapan notis kompaun kepada lapan individu dengan seorang daripadanya adalah Ahli Parlimen susulan kesalahan merokok, di bangunan Parlimen semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya turut menutup ruang legar udara di Parlimen yang selama ini menjadi lokasi perokok, berkuat kuasa hari ini.

“Kita sudah mula beroperasi bagi melaksanakan penguatkuasaan penutupan khusus ruang legar udara di Parlimen berdasarkan tindakan peraturan PPKHT Peraturan 11, Kawalan Hasil Tembakau.

“Semalam (KKM) mengeluarkan lapan notis kesalahan merokok dalam Parlimen dan akan diteruskan Parlimen Bebas Asap Rokok,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.

Setakat ini, media tidak dimaklumkan Ahli Parlimen yang dikompaun susulan kesalahan itu.

Peraturan sama turut dikuat kuasakan kepada pengguna vape dan kafe Parlimen turut tersenarai sebagai kawasan larangan merokok.

 


Pengarang :