Selangorkini
SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan terlepas podium

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 OKT: Mohd Zaqhwan Zaidi terlepas meraih podium kedua apabila terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam Perlumbaan 2 Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, semalam.

Setelah menamatkan saingan di tempat ketiga pada Perlumbaan 1, Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa 24’23.515s, hanya 0.220s dibezakan dengan pemenang tempat ketiga, Ratthapong Wilairot (YAMAHA Thailand Racing Team).

Gelaran juara milik Andi Farid Izdihar (Astra Honda Racing Team) dengan masa 24’18.014s diikuti Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) di tempat kedua (24’21.200s).

Seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dengan masa 24’27.910s.

Zaqhean berkata, beliau terpaksa akur dan berpuas hati di tempat keempat setelah bersaing sengit bersama Ratthapong dalam perlumbaan itu.

“Walaupun sedikit kecewa, namun saya masih berjaya mengumpul mata untuk menjadikan persaingan memburu gelaran keseluruhan kembali terbuka menjelang perlumbaan terakhir di Thailand nanti,” katanya.

Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) yang tidak beraksi di Sentul masih kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 136 mata diikuti oleh Azlan Shah (102 mata).

Tempat ketiga milik Andi Farid yang mengumpul 99 mata bersama Yudhistira manakala Zaqhwan kelima (94 mata).

Sementara itu, barisan pelumba negara kembali menguasai perlumbaan Underbone 150cc apabila duo UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team berjaya menamatkan Perlumbaan 2 di atas podium.

Md Haziq Md Fairues berjaya menebus kehampaan Perlumbaan 1 apabila muncul juara perlumbaan dengan masa keseluruhan 18’26.338s manakala, Akid di kedudukan ketiga (18’26.388s).

Juara Perlumbaan 1, M Agung Fahrul (Orbit SND CNC Sporting) sekali lagi menaiki podium apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 18’26.344s.

Sementara itu, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) semakin menghampiri gelaran keseluruhan apabila mengumpul 164 mata setelah menamatkan perlumbaan di tempat keenam, 42 mata mengatasi rakan senegara, Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) yang tidak beraksi dengan mengumpul 122 mata. Ahmad Fazli Sham (ONEXOX TKKR Racing Team) di tangga ketiga (96 mata).

Pusingan terakhir ARRC berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 30 November hingga 2 Disember depan.

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 2, PUSINGAN 5 ARRC

SUPERSPORTS 600CC

1 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 24:18.014s

2 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 24:21.200s

3 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 24:23.295s

4 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 24:23.515s

5 Irfan Ardiansyah (INA) Astra Honda Racing Team Honda 24:27.245s

Kedudukan Keseluruhan

1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 136 mata

2 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 102 mata

3 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing 99 mata

4 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 99 mata

5 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 94 mata

ASIA PRODUCTION 250CC

1 Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 20:37.542s

2 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 20:37.580s

3 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 20:45.417s

4 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 20:45.427s

5 Muklada Sarapuech (THA) A.P. Honda Racing Thailand 20:50.937s

Kedudukan Keseluruhan

1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 193 mata

2 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 126 mata

3 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 122 mata

4 Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 117 mata

5 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery 113 mata

UNDERBONE 150CC

1 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 18:26.338s

2 M. Agung Fahrul (INA) Orbit SND CNC Sporting 18:26.344s

3 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 18:26.388s

4 Wawan Wello (INA) Yamaha Yamalube SND Factory Yamaha 18:26.584s

5 Reza Fahlevi (INA) Usaha Jaya Racetech Cargloss 18:26.882s

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 164 mata

2 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 122 mata

3 Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 96 mata

4 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 87 mata

5 Wahyu Aji Trilaksana (INA) YAMAHA Racing Indonesia 83 mata


Pengarang :