SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan terpantas latihan bebas Supersports 600cc

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 OKT: Pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi muncul pelumba terpantas sesi latihan bebas SuperSports 600cc pada hari pertama pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, semalam.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mencatat masa terpantas 1’30.424s pada sesi latihan bebas ketiga mengatasi catatan pelumba tempatan, Andi Farid Izdihar (Astra Honda Racing Team) yang mencatat masa terbaik 1’30.617s.

Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 1’31.029s manakala seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman mencatat masa terbaik 1’31.422s.

“Saya berpuas hati dengan aksi pada hari ini (semalam) namun masih terdapat beberapa kelemahan boleh diperbaiki untuk sesi kelayakan pada esok (hari ini).

“Pada sesi latihan pertama dan kedua, saya masih mencari rentak dan pelarasan terbaik sebelum dapat menyesuaikan diri dengan litar berbanding pelumba tuan rumah dilihat cepat menguasai jentera di litar ini,” katanya Zaqhwan.

Sementara itu dalam saingan Asia Production 250cc, Ahmad Afif Amran (CKJ Yamaha Racing) muncul pelumba terbaik negara dengan catatan masa terbaik 1’45.062s untuk berada di kedudukan ke-15.

Dalam saingan Underbone 150cc, dua pelumba negara mendahului sesi kelayakan diketuai pendahulu keseluruhan, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) mencatat masa terpantas 1’48.692s diikuti Md Amirul Ariff Musa (Yuzy Honda Vietnam Racing) kedua (1’49.339s).

Pelumba wildcard, M. Agung Fahrul (Orbit SND CNC Sporting) mencatat masa ketiga terpantas, 1’49.393s diikuti dua lagi rakan senegara, Reza Fahlevi dan Gupita Kresna yang melengkapkan senarai lima pelumba terpantas kelayakan.

KEPUTUSAN LATIHAN BEBAS PUSINGAN 5 ARRC

SUPERSPORTS 600CC

1 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 1:30.424s
2 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team Honda 1:30.617s
3 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1:31.029s
4 Irfan Ardiansyah (INA) Astra Honda Racing Team 1’31.108s
5 Yuki Ito JPN YAMAHA Racing Team ASEAN Yamaha 16 1:31.241s

ASIA PRODUCTION 250CC

1. Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 1’42.310s
2. M. Faerozi (INA) Yamaha Racing Indonesia 1’42.571s
3. Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 1’42.902s
4. Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 1’42.990s
5. Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1’43.074s

UNDERBONE 150CC

1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 1:48.692s
2 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 1:49.339s
3 M. Agung Fahrul (INA) Orbit SND CNC Sporting 1:49.393s
4 75 Reza Fahlevi (INA) Usaha Jaya Racetech Cargloss 1:49.533s
5 Gupita Kresna (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 1:49.851s


Pengarang :