GLOBAL

Bolivia dapat hak guna laluan di Laut Atlantik

LA PAZ, 31 OKT: Mulai 30 Oktober, Bolivia sebuah negara tidak berpantai memperolehi semula kebenaran menggunakan laluan di Laut Atlantik melalui Terusan Tamengo.

Kargo Bolivia boleh melalui laluan Paraguay-Parana sepanjang 3,442 kilometer dan berhenti di Paraguay, kemudian ke Puerto Caceres, Brazil dan berakhir di Nueva Palmira, Uruguay.

Presiden Dewan Industri, Perdagangan dan Pelancongan Santa Cruz, Jorge Arias berkata buat pertama kali Bolivia akan mempunyai sistem pelabauhan.

Pada Selasa Presiden Evo Morales merasmikan pelabuhan antarabangsa Bolivia di Jennefer, Gravetal dan Aguirre, yang muncul sebagai sebahagian sistem perkapalan Paraguay-Parana menghubungkan Bolivia dengan Argentina, Bolivia, Brazil, Paraguay dan Uruguay.

“Perubahan dari pelabuhan domestik ke antarabangsa membantu menaiktaraf kedudukan pelabuhan tersebut dan muncul sebagai rantaian logistik eksport,” katanya.

Tambah beliau kerajaan Bolivia turut akan berbincang dengan Peru untuk mendapatkan kebenaran pelabuhan di Pasifik.

Ketiga-tiga pelabuhan itu akan beroperasi serta-merta dan mempunyai infrastruktur untuk memindahkan kargo.

Setiap dok mempunyai kapasiti untuk menampung berat antara 200 hingga 300 tan.

SUMBER: BERNAMA-NNN-TELESUR


Pengarang :