GLOBAL

China ikrar enggan serah wilayah Taiwan, Laut China Selatan

BEIJING 25 OKT: China berikrar tidak akan menyerahkan walau seinci pun wilayahnya, termasuk pulau diperintah sendiri, Taiwan yang didakwa milik Beijing atau perairan yang dipertikaikan, Laut China Selatan,” kata Menteri Pertahanan, Wei Fenghe hari ini.

Fenghe berkata demikian ketika memberi ucapan di majlis perasmian Forum Xiangshan, yang disifatkan sebagai kenyataan balas China di forum tahunan keselamatan Shangri-La Dialogue di Singapura.

Minggu lalu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis memberitahu rakan sejawatannya bahawa dua negara ekonomi terbesar dunia itu perlu memperkukuhkan lagi hubungan di peringkat tertinggi sekali gus mengurangkan ketegangan dan risiko konflik.

SUMBER: REUTERS


Pengarang :